Thursday 16 June 2011

S.O.L.A.T

  1. Solat,shalat,sembahyang,prayer.Sesuatu yang berbeza sebutan dan juga ejaan tetapi satu ibadah yang sama. Maksud Perkataan ‘Solat’ dalam Bahasa Arab ialah ‘Doa memohon kebajikan dan pujian.’..  Maksudnya sesuai dengan Firman Allah SWT yang bermaksud“Dan bersolatlah (doakanlah) untuk mereka, kerana sesungguhnya solatmu (doamu) itu menjadi ketenteraman bagi mereka.” (At-Taubah: 103). Solat Satu ibadah yang amat indah dan suci. Sesuatu yang diwajibkan dalam islam dan wajib kepada umat Muhammad iaitu umat akhir zaman. Solat punya pelbagai jenis. Diutamakan dengan solat yang wajib iaitu subuh-2 rakaat,zuhur-4 rakaat,asar-4 rakaat,magrib-3-rakaat dan diakhiri dengan isyak-4 rakaat. 5 waktu sehari semalam. Ibadah solat ini termaktub dalam rukun islam yang kedua. Solat sunnat juga pelbagai jenis dan rakaatnya. Tp kebanyakkanya 2 rakaat. Jenis jenis solat sunnat ialah. Sembahyang sunnat dhuha. Sembahyang Sunat Rawatib. Sembahyang Sunat Gerhana. Sembahyang Sunat Wuduk. Sembahyang Sunat Istisqa'. Sembahyang Sunat Isyraq. Sembahyang Sunat 'Asyuura. Sembahyang Sunat Tahajjud. Sembahyang Sunat lailatul Qadar. Sembahyang Sunat Tasbih. Sembahyang Sunat Tolak bala. Sembahyang Sunat Musafir. Sembahyang Sunat Syukur. Sembahyang Sunnat Taubat. Sembahyang Sunat Perhentian. Sembahyang Sunat Nikah Musafir. Sembahyang Sunat Istikharah Sembahyang Sunat Tahiyyatul Masjid. Sembahyang Sunat Nisfu. Sembahyang Sunat Tawaf Sya'ban. Sembahyang Sunat Hadiah. Sembahyang Sunat Aidil Fitri. Sembahyang Mutlak. Sembahyang Sunat Aidil Adha. Sembahyang Sunat Witir. Sembahyang Jenazah. Sembahyang Sunat Qudum dan pelbagai lagi. Antara kelebihan dan fadilat yang ada jika bersolat. Solat umpama Tiang agama,dan juga amalan pertama yang akan disoal dipadang masyhar kelak. Rasulullah saw bersabda “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama,sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.. “Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata”.-HR Bukhari dan Muslim.. Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia.  Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Allah Swt berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal- amalnya yang lain.” Selamat dari azab kubur?? Atau Orang Islam yang meninggalkan sembahyang akan disiksa di Alam Barzakh dengan seekor ular Akra (Suja’ul Aqra). Ular ini yang akan menyiksanya dengan mematuknya mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkan. Ular ini berkuku besi, berkaki, matanya berbintik-bintik putih, berbisa seluruh badan.. “Suja’ul Aqra” itu berkata:“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.” Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Suja’ul Aqra hinggalah hari Kiamat. Maksud Hadith: “orang yang meninggalkan sembahyang, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama “Suja’ul Akra”, yang matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat”..  Dari Abu Huraira Sabda Rasulullah Shallahu‘alaihi wasallam: Bagaimana pendapat kamu jika salah seorang daipada kamu mendapati di hadapan rumahnya ada sungai; dia mandi di sungai itu lima kali dalam sehari, apakah ada lagi kotoran pada badannya? Sahabat menjawab “Tidak akan ada apa-apa kotoran lagi.” Kata Rasulullah, “Maka demikianlah juga dengan sembahyang lima kali, Allah menghapuskan dengannya dosa-dosa.” . dengannya dosa-dosa.” . Juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda: Apabila seorang hamba bersembahyang, dibawa dosa- dosanya lalu diletakkan di atas kepalanya rukuk’ atau sujud, maka gugurlah dosa itu daripadanya.. Satu hari pada musim luruh Baginda s.a.w. berjalan bersama sahabat, lalu daun gugur ke bumi. Baginda berkata “Dosa gugur sama seperti gugurnya daun dari pokoknya”..  Abu Usman r.a berkata, “Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu. Beliau ambil sebatang sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-gongcangkannya hingga kesemua daunnya gugur. Kemudia kata beliau padaku, “Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya aku kenapa aku berbuat demikian ini?” Sahutku, “Sila khabarkanlah padaku.” Kata beliau, “Beginilah Rasulullah s.a.w. lakukan dihadapanku semasa ku bersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda, “Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?” Sahutku, “Silakan khabarkanlah padaku kenapa Baginda buat begini.” Sabda Baginda s.a.w. “ khabarkanlah padaku kenapa Baginda buat begini.” Sabda Baginda s.a.w..  “ Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat lima kali sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur.” Lantas Baginda s.a.w membaca ayat Al-Quran(yang mafhumnya),” Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan- perbuatan yang buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat”(Surah Hud, Ayat 114).. Definasi dan pembukaan tentang solat ini cukup banyak pada ayat diatas. Dizaman Nabi seseorang yang bersolat dipandang tinggi,dihormati,juga disegani dikalangan orang beriman. Mereka berlumba lumba bersolat dan mengejar akhirat. Dengan ikhlas dan kerna Allah Swt semata bukan kerna nama atau ingin menunjuk. Akan tetapi pada tahun 2011 ini. Dizaman yang makin akhir ini. Solat dah umpama satu beban bagi umat islam. Ramai yang meremehkan solat. Solat kerna terpaksa,kerna kekasih menyuruh,atau kerna ibu bapa bising suruh solat baru buat.  Dan yang paling memeranjatkan ada dikalangan umat islam yang lansung tidak tahu solat,dan mengambil wudhu pun. Masyallah... Ibu bapa,lenturilah mereka dari rebungnya. Kerna merekalah bakal mendoakan kita pabila kita tiada didunia... Satu lagi mengenai solat yang kita lihat zaman sekarang ni. Bila seseorang itu rajin solat. Sahabat nya akan menggelakkan dan mempersenda dirinya. Ayat yang biasa terkeluar dari mulut tu. ^ bro,ko ape mimpi semayang ni? Dah taubat ke? Ke dah nak mati???^ Adakah solat itu hanya perlu bila tiba saat ambang kematian je?? Sesekali tidak!!! Kerna solat itu ibadah yang wajib!!. Dan dialog yang biasa kita dengar,^ wei ustat datang,kang kena ceramah,jom blah^. Dan ayat yang paling sedih bagi yang baru behijrah dan taubat ialah. ^Eleh,tunjuk baik,padahal dulu setan. Tak payah belakon la. Aku kenal siapa ko^. Kenapa dipatahkan semangat kawan kita? Patutnya kita sokong. Ini terbalik pula. Orang yang biasa keluarkan dialog macam ni. Jawabnya akan berjaya berumah dineraka lah dengan sahabat baiknya si syaitan dan iblis.. Subhanallah.. Akan tetapi ada juga orang yang baru nak mula bina iman dan solat dah mula tunjuk dia hebat. Dialah yang pandai,sampai menuding pada orang yang tak solat ni. Dengan kata yang Allah Swt sendiri tak suka. Contohnya * Ko ni tak reti nak solat ke!!! Tak takut mati!! Nak masuk neraka ke??? Masyallah kenapa perlu memaksa,sedangkan solat yang sebaiknya kan yang ikhlas dari hati. Nasihat dan sampaikanlah dengan baik dan hormat. Ada juga yang dah awal awal cakap. ^Aku gerenti masuk syurga la,aku solat tak tinggal,ko tu penuh dosa!! Matilah kau dalam neraka!!!^ Ya Rabbi,yang mengetahui akan tempatnya syurga atau neraka cuma Allah Swt. Bukan kita. Bukan nye macam nak book hotel,beli BMW atau nak beli rumah kawan oi. Sesuatu yang Allah permudahkan bagi umatnya,yang hanya dalam 5 ke 10 minit,akan tetapi kita sendiri yang menyulitkannya dan menyusahkannya. Dengan mengguna seribu alasan. Agaknya lagi susa kot dari menonton bola sepak 60 minit,lagi payah agaknya dari mengadap facebook berjam jam,dan bekerja 8 jam sehari??? No,No,No...SOLAT ITU MUDAH DER... Lagi menghilangkan serabut perut lagi ada.. Kenapa Makin jauh songsang pemikiran umat kita ye,adalah mungkin ini petanda akhir zaman?? Atau adakah bila zaman makin maju semua ibadah tidak diperlu lagi?? Atau kita ni hidup tak mati mati??? Ha, Lu Pikirlah sendiri kata si Nabil.. Nilaikan,renungkan... Dan pilihlah langkah anda dan tempat ARRIVAL anda. HEAVEN OR HELL??!!... Sekian karya saya kali ini. Insyallah jika Allah titipkan ilham akan keluar karya ke 8 saya.. Asalamualaikum. Create by Irwanshah 14.6.2011. 0942 am. P/S- Karya ini saya cipta atas teras dan hadis yang sahih juga keadaan realiti orang kita yang sekarang,bukan main bedal atau hantam je. SEBARKAN KERNA ALLAH BUKAN KERNA KEUNTUNGAN DUNIA..